Friday, June 25, 2010

Rumah Contoh & Hari Ibu

Amaran: Entry ini sangat banyak gambar.

Setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya rumah contoh telah dibuka kepada umum. Maka dengan tak sabarnya kami pun pergi.

OTW ke sana. Tengoklah anak mat salleh tu. Panas skit pun tak tahan. Alya kena tinggal dengan Opah. :p


Muka depan rumah.

Jom Pergi Outing

Bawa Ilham DAN Alya bershopping adalah task yang sangat mencabar. Seronok tapi sangat memenatkan. Syarat pertama, pastikan Mama tidak oncall pada hari tu. Kalau tak, tak pasal-pasal ada orang yang kena jerit. Kedua, make sure semua keperluan anak-anak cukup. Stroller, susu, plain water, nappy, wet wipes etc-etc.
So our first outing berempat kami bawa mereka ke our favourite mall. Hari tu kebetulan dah temankan Papa register di Kolej MAHSA, kami langsung menuju ke One Utama.

Tunggu lunch sampai @ The Chicken Rice Shop.


Perut dah kenyang kita cari toys pulak okey.

Kalau bershopping dengan anak-anak lepas makan pergi satu dua kedai je, terus balik. Memang tak larat nak window shopping. Tak mengapalah. Demi kamu berdua, saya rela.

Misi Mama

Manalah ada parents yang tak risau kalau anak diorang sakit. Sejak ada anak ni, saya dan Mr Husband akan bergilir-gilir ambik cuti kalau anak teruna atau anak dara kami tu sakit. Di hospital, saya doktor. Tapi di rumah, saya misi mereka. Misi yang tegar melayan karenah si pesakit. Apa-apa pun, bab bagi makan ubat, Mr Husband lagi (jauh lagi) pakar. Yang itu saya mengaku.

Masa ni Ilham down wif high grade fever and vomiting. Tidur jelah kerjanya. Selera ada but apa yang masuk semua keluar. *Sigh*


Alya pulak diarrhea. Luckily the day after that resolved.


Tak lalu makan sampai muka pun jadi cengkung.

"Ya Allah, kurniakanlah kami tubuh badan yang sihat dan akal fikiran yang waras. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami berlindung. Amin."

Saya Suka Orangnya, Tapi Bukan Makanannya

Susah saya nak menafikan fakta yang Italian guys ramai yang hot and gorgeous. Funny, dulu masa saya tengah gila tengok bola (zaman secondary school dan medical school), yang saya dok tatap hari2 tak lain tak bukan muka Italy football player, Filippo Inzaghi. Pada saya tu dah handsome tahap gaban la tu.

Filippo "Pippo" Inzaghi

Owh, tapi bukan tu yang saya nak blogkan. Saya nak cerita pengalaman saya dan Mr Husband JJCM di Italiannies. Hari tu kami decide nak amik 2 course meal, 1 appetizer and 1 main course, for each. Haha. Agak tamak bunyinya.

Roti cicah dengan extra virgin olive oil plus vinegar ni diorang bagi free untuk semua customer.


4 Cheese Pizza: Appetizer pizza topped with Philadelphia cream, mozzarella, parmesan and gorgonzola cheese. Simple but sedap.


Toasted Bruschetta: Homemade Tuscan bread topped with marinated tomatoes, pesto sauce and parmesan cheese. Pun sedap.


Parmesan Crusted Fish: Oven-baked fish filet, served over fried zucchini and red onion strings with white capers sauce. Fish fillet dia ok BUT fried zucchini is SOOO not kena wif my taste. *Bluwek*


Roasted Chicken Italiannies: Roasted chicken with peppers, pepperoncini and rosemary potatoes in a tangy pan gravy sauce. Mr Husband kata ok-ok.

Final verdict, tak boleh lawan TGIF dan Chili's. Second visit? Maybe not.

Disclaimer: This is purely personal view. No offense, Italiannies fans. :)

Orang Besi

Tengok wayang bersama Mr Husband adalah satu event yang saya always looking forward. Ini kerana lepas berumah tangga, memanglah tiada masa untuk dating berdua. Makanya kalau ada ceritera menarik, cepat-cepat cuti diatur. Lepas Avatar hari tu, second movie yang kami tonton, When In Rome. Cerita romantik + komedi. Menarik. Then kami tengok Iron Man. As usual, our favourite place for movie is always GSC One Utama.


Buatlah muka comel skit. Haishhh.


Orang besi saya punya. Berjanjilah menjaga kami selamanya.